Sunday, February 28, 2010

Sumaiyah

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


Warkah Si Hijau :

Salam Ta'zim kepada pembaca semua. Pernahkah Kita mendengar dan membaca kisah-kisah srikandi islam ? Jikalau pernah..syukur Alhamdulillah.....Jika Tidak ? Bacalah kerana InsyaAllah Kita boleh menjadikan mereka ini semua role model terutama kaum wanita. Kita lihat bagaimana ketabahan seorang wanita yang dizalimi oleh manusia ? Mengapa kita tidak mahu mencontohi ketabahan beliau ? Sanggup mempertahankan agama Islam Demi keEsaannya terhadap Maha Pencipta . Ana menyeru golongan muslimin & muslimat termasuk diri ana sendiri untuk sama-sama kita bermuhasabah diri agar kita tidak terus menerus melakukan maksiat. Islam agama yang Indah . Adakah anda semua sanggup orang mengatakan Islam Hanya pada Nama ? Oleh itu marilah kita semua golongan muda khasnya memelihara agama Allah Swt ini.Mengapa kita ? Kerana Kita Kena Ingat, Kita lah Penyambung warisan untuk mempertahankan agama Islam Ini. Jika Kita menolong agama Allah? maka Allah Swt juga akan menolong kita...yang penting apa yang kita lakukan biarlah ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Akhir kalam, ana mintak maaf banyak-banyak sekiranya terdapat silap dan salah semasa ana menyuarakan pendapat. segala komen dan cadangan bolehlah dihantar dalam blog warkah si hijau ini, Insyaallah. jazakumullahuhairan kasiran.

No comments:

Post a Comment