Saturday, February 27, 2010

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG COOL ?

Motivasi Diri - Bagaimana Melatih Diri Untuk Sentiasa Bertenang PDF Cetak E-mail
wzul
WAN ZULKARNAIN BIN WAN HASBULLAH / Khamis, 17 September 2009 15:34

Ada beberapa cara untuk melatih diri Anda bertenang sentiasa, bertenang ketika membuat kerja-kerja rumah (jika Anda suri rumah), bertenang ketika membuat kerja di tempat kerja, bertenang ketika mengulangkaji pelajaran.

1. Latih diri melalui kekerapan berdoa. Doa bukan sekadar selepas sembahyang, tapi ia juga boleh dilafazkan selalu di dalam hati.

Ambil masa beberapa saat, tutup mata, tenangkan jiwa lalu minta pada Allah supaya Anda hati Anda ditenangkan selalu, emosi Anda tenang selalu, Anda ditemukan dengan situasi-situasi yang sentiasa menenangkan.

2. Latih diri bertenang ketika sembahyang, selepas sembahyang dan ibadah-ibadah lainnya. Bekerja, belajar dan berniaga adalah salah satu bentuk ibadah. Cuba tenangkan diri selalu. Be in control.

Latih diri Anda bertenang selalu ketika melakukannya, wujudkan keseronokan supaya fikiran Anda terfokus. Ada orang rajin menjaga sembahyang simply sebab dia seronok merasai ketenangan yang timbul ketika bersembahyang.

3. Latih diri bertenang dengan membuat latihan pernafasan. Ketenangan minda banyak dipengaruhi oleh pernafasan kita.

Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 3-5 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat juga. Lakukan banyak kali dalam sehari. Selain menenangkan, ia membuat fikiran Anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif.

4. Jalani hidup dengan penuh kawalan pada emosi Anda, fikiran Anda, kata-kata Anda dan perbuatan Anda. Bila Anda latih diri untuk mengawal semuanya, Anda akan terdorong untuk bertenangan kerana hanya dengan ketenangan, Anda dapat mengawal emosi, fikiran dan kata-kata.

3 comments:

  1. Dicetak Daripada WAN ZULKARNAIN BIN WAN HASBULLAH / Khamis, 17 September 2009 15:34

    ReplyDelete
  2. Salam penuh ceria,

    Panduan yang sangat berguna dan bermanfaat.Bertenanglah walaupun dalam keadaan penuh tekanan.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih diatas komen itu. InsyaAllah akan Menjadikan Masalah Itu Sebagai Ujian Dari Tuhan Pencipta Alam.........Bukannya Sebagai Musibah

    ReplyDelete